Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Monday, February 2, 2009

berWuduk

Tuntutan wuduk secara sempurna membolehkan solat penuh khusyuk.

taken from http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090202232715/Article

by Dr Juanda Jaya

DARIPADA Nu'aim bin Abdullah katanya, dia melihat Abu Hurairah berwuduk. Dia mencuci muka dan tangannya hingga sampai ke batas bahu. Kemudian dicucinya kedua kakinya hingga sampai ke betis. Sesudah itu dia berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang kelak pada hari kiamat bercahaya-cahaya wuduknya. Maka siapa yang dapat melebihi batas yang wajib, lebihkanlah." (Hadis riwayat Muslim)

Salah satu syarat sah sembahyang ialah mengambil wuduk dan wuduk yang sempurna membolehkan seseorang mengerjakan solat dengan penuh khusyuk.

Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu seperti berikut:

1) Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."

2) Ketika membasuh muka, berniatlah: "Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini."

3) Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: "Ya Allah, berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini."

4) Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: "Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini."

5) Ketika membasuh kepala, berniatlah: "Ya Allah, lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."

6) Ketika membasuh telinga, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini."

7) Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim." Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat."

Berwuduk tidak saja diperlukan ketika hendak mengerjakan solat tetapi kita juga disarankan supaya berwuduk apabila hendak membaca al-Quran, mempelajari sesuatu ilmu dan ketika hendak masuk tidur kerana sesungguhnya wuduk dapat menggugurkan dosa kecil yang dilakukan dan menjadikan seseorang itu sentiasa berada dalam keadaan bersih di samping menambah keserian wajah.

Daripada Umar bin al-Khattab katanya: "Ada seorang lelaki berwuduk tetapi ada kakinya yang tidak terkena air selebar kuku. Dan hal itu dilihat oleh Nabi SAW. Disebabkan itu Baginda bersabda yang bermaksud: "Ulang kembali wudukmu dengan sempurna dan sebagus-bagusnya." Orang itu pun berwuduk kembali dan sesudah itu dia solat." (Hadis riwayat Muslim)

Thursday, October 16, 2008

Hikmat Ayat Al-Kursi

Ayat Al-Kursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan
salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.




/hmm... dah jarang zikir lepas sembahyang...